Bagaimana untuk memastikan kawalan keselamatan rumah 24 jam?
Smart home adalah sebuah konsep 'internet of things' IOT. Namun begitu, untuk membina sebuah smart home perlu ada konsep tersendiri. Paling asas konsep smart home ini adalah untuk memudahkan kawalan satu rangkaian sistem peralatan tertentu dengan akses internet. Namun, tak semua kawalan itu diperlukan mengikut keperluan masing-masing. Disinilah pentingnya untuk membuat pilihan dan DIY (do it your self). Apakah yang mahu dikawal dengan konsep smart home kita sendiri?
Disini ada dua cadangan bentuk smart home :
- Smart switch - kawal beberapa peralatan tertentu dengan suis yang boleh dikendalikan di luar rumah. Suis ON/OFF, timer, countdown, sheduler. Peralatan seperti pemanas air, lampu, aircond, mesin basuh dan apa saja yang kita mahu kawal selepas keluar rumah.
- Smart security - kawalan sistem keselamatan yang boleh memberi laporan apabila tidak lagi berada di rumah. Satu rangkaian sistem dengan peralatan keselamatan CCTV, siren kecemasan, lampu strobe kecemasan, human motion detection, semuanya dihidupkan serentak.
Bagi membina sistem keselamatan pintar boleh dibuat secara DIY atau upah pemasangan. Mengupah orang lain yang ada kepakaran perlukan kos mahal. Tidak kisah lah kalau mampu. Tetapi dengan DIY boleh memaksimumkan keperluan dengan kos yang berpatutan. Iaitu kita boleh pasang berapa banyak CCTV kos murah, berapa banyak lampu strobe, siren kecemasan dan detector kita nak buat. Adakah menggunakan sistem elektrik atau bateri solar charging.
Berkenaan peralatan yang diperlukan, pemasangan CCTV memudahkan pemantauan secara visual dan juga voice. Apabila ada amaran kecemasan berlakunya pencerobohan, boleh dikenalpasti adakah ia haiwan atau manusia. Jika pencerobohan manusia, voice boleh digunakan untuk memberi amaran secara real time. Amaran kepada penceroboh untuk meninggalkan segera rumah atau panggilan polis akan dilakukan.
Namun, ada situasi di mana kita tidak menyedari ada isyarat kecemasan pencerobohan dari smartphone. Misalnya, pada waktu malam dan ketika waktu tidur. Maka, sistem sokongan peralatan pengesanan pencerobohan melalui infrared tubuh manusia diperlukan. Pengesanan ini akan terus membunyikan siren kecemasan dan menyalakan lampu strobe. Secara psikologi, semua isyarat ini boleh menyebabkan penceroboh ketakutan dan segera melarikan diri.
Sistem keselamatan yang boleh dikawal dari jauh apabila berada di luar rumah ini memerlukan rangkaian internet sehingga 24 jam. Internet hanya diperlukan untuk pemantauan melalui CCTV. Manakala, siren dan strobe bersedia mengesan pencerobohan 24 jam. Rangkaian internet perlu ada pemasa pada waktu tertentu beroperasi dan countdown pengoperasian semula bagi membolehkan peralatan internet direhatkan untuk startup kelancaran sistem.
Realiti keselamatan masa sebenar
Selalunya apa yang berlaku adalah apabila sudah terjadi pencerobohan atau kecurian barulah nak sibuk nak buat siasatan siapa yang menceroboh dan kemudian membuat laporan polis. Kenapa tidak saja dari mula penceroboh itu dihalau sebelum sempat melakukan jenayah. Kita sudah ada rekod CCTV dan jika nasib baik wajah penceroboh dapat dikenalpasti, Manakala bunyi siren dan nyalaan lampu strobe yang mengejutkan penceroboh menyebabkan dia lari ketakutan. Jadi, tidak ada apa-apa kehilangan pun berlaku tetapi penceroboh itu dapat dikesan.
Maka itu, satu sistem kawalan keselamatan yang lebih pintar perlu dihasilkan supaya dapat mencegah dari awal lagi pencerobohan.