Ahad, 11 Jun 2023

Berhutang Secara Bijak


Bagaimana cara untuk...?
Berhutang tanpa perlu membebankan diri sendiri dan masa depan

Ada dua jenis hutang :

  1. Hutang baik
  2. Hutang buruk
Hutang baik apabila ia dapat menyelamatkan wang kita daripada melayang terlalu banyak dan juga tidak menyusahkan hidup dan masa depan kita. Hutang buruk pula adalah sebaliknya. Bagaimana hutang yang baik itu boleh menyelamatkan wang dan kehidupan? Berhutang itu bukanlah sesuatu yang baik untuk dilakukan, ia sepatutnya digunakan sebagai satu pilihan terakhir jika terpaksa. Juga boleh digunakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah.

Namun begitu, kita boleh menggunakan hutang itu dengan tujuan yang baik dan boleh memberi kebaikan yang banyak. Bagaimanakah caranya?

  • Di awal permulaan kehidupan selepas tamat belajar dan baru mula bekerja, tetapkan matlamat untuk mempunyai rumah sendiri. Walaupun mungkin belum lagi untuk didiami sendiri atas sebab tertentu, ia boleh disewa. Bayaran sewa mesti lebih sedikit daripada bayaran bulanan hutang rumah. Barulah bebanan hutang itu sifar.
  • Jika kereta itu sangat perlu untuk ke tempat kerja atau memang perlu untuk kemudahan pengangkutan, hutang kereta yang biasa-biasa saja. Tak penting sangat jenama Honda. Selain bayaran bulanan, ambil kira juga kos penyelenggaraan.
  • Berhutang untuk pelaburan masa depan. Keuntungan yang banyak memerlukan pelaburan modal yang besar. Walaupun kelihatan rugi di awal mulanya, tetapi selepas hutang itu langsai keuntungannya akan berterusan. Hutang seperti ini adalah seperti untuk pembelian saham ASB, beli emas fizikal.
  • Jika kadar faedah hutang itu tersangatlah rendah atau langsung tiada faedah. Jika kita boleh dipercayai, orang tak akan berat hati nak bantu pinjamkan wang. Jika kita boleh beli sesuatu yang disukai tanpa perlu tunggu lama, hutang sebegini boleh dimanfaatkan.
  • Hutang yang seimbang dengan pendapatan dan perbelanjaan. Sebelum berhutang tengok dulu kemampuan membayarnya. Jika mampu bayar hutang tengok pula aliran perbelanjaan kita. Apa gunanya berhutang dan bangga dengan apa yang dihutang tetapi terpaksa menahan perbelanjaan ke atas apa yang wajib dibayar dan apa yang kita suka.
Ini antara sebahagian cara berhutang dengan bijak. Ramai orang terjebak dengan hutang yang buruk, ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menambah lebih banyak masalah. Berhutang dengan Along faedahnya besar dan tempat kita berhutang itu pula tak boleh dipercayai. Maka, jadilah hutang Along itu membebankan hidup dan masa depan kita.

Sekiranya ada cara lain lagi bagi membolehkan berhutang itu memberi kebaikan dan manfaat yang banyak, saya akan kongsikan lagi di blog ini. Teruskan membaca dan follow blog.

Sabtu, 10 Jun 2023

Kaedah Langsai Hutang

Bagaimana cara untuk...?
Keluar daripada bebanan hutang

Selalu terdengar ayat kalau tak berhutang tak ada harta, tak dapat hidup maju ke hadapan. Itu memang betul, berhutang tidak salah dan sangat digalakkan dalam berhutang untuk persediaan masa depan yang lebih cemerlang. Misalnya, berhutang untuk menuntut ilmu, membeli rumah dan kereta. Tetapi biarlah mengikut kemampuan.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah terjebak dengan berhutang keliling pinggang. Perkara yang tak perlu dihutang pun mau berhutang. Ada kaedahnya untuk membayar hutang sedikit demi sedikit, kaedah ini dikongsikan oleh seorang jutawan yang pernah berhutang sehingga menyebabkan dia hampir muflis. Kaedah ini juga telah digunakan oleh penulis untuk mengurangkan hutang yang tidak penting.

Kaedah langsai hutang

Apa yang boleh kita usahakan supaya hutang itu semakin berkurangan?

  1. Langsaikan dahulu hutang yang boleh ditamatkan segera dan jumlahnya tidak banyak. Susun senarai hutang yang ada untuk melihat hutang mana yang perlu diselesaikan. Selesaikan hutang tersebut satu persatu.
  2. Jangan tambah hutang melainkan jika terdesak dan kadar faedah yang ditawarkan rendah. Pastikan jumlah hutang baru itu dalam kawalan, berjadual dan boleh diselesaikan segera apabila mampu membayarnya.
  3. Hutang yang tinggal pula adalah hutang jangka masa panjang dan sekurangnya hanya 1 saja hutang jenis ini. Sudah pastinya hutang ini adalah untuk rumah kediaman.
  4. Jika ada hutang lain yang masih banyak dan ia tak melibatkan perjanjian bank, misalnya hutang dengan adik beradik, kawan, saudara mara. Bayar dalam jumlah yang mampu secara berterusan sehinggalah ia selesai. Hutang ini tiada implikasi perundangan. Tapi kalau tak ada usaha nak bayar walaupun sikit demi sikit boleh putus saudara dibuatnya.
  5. Tamatkan penggunaan kredit kad, jangan mudah terpengaruh untuk buat kredit kad. Guna kad debit dan jika tak banyak hutang sudah pasti kita mampu menyimpan sedikit demi sedikit untuk menghasilkan debit di dalam akaun bank.
  6. Jika ada perkara yang mewajibkan kita berhutang tetapi kita masih mampu untuk membayarnya, gunakan deposit hutang yang besar supaya tempoh berhutang dapat dikurangkan dan faedah yang dikenakan tidak banyak. Kita juga dibolehkan melangsaikan awal hutang bila sudah cukup tempoh yang dibenarkan.
Ini antara sebahagian kaedah melangsaikan hutang yang ada dan ada banyak lagi kaedah lain yang boleh ditambah kemudian. Adakah kaedah ini berkesan? Berdasarkan pengalaman penulis, bermula dengan kaedah pertama saja dapat membantu mengurangkan hutang seterusnya. Apabila hutang berkurang kita akan ada lebihan wang untuk disimpan dan ini membolehkan kita menyelesaikan hutang jangka masa lama sedikit demi sedikit.

Apabila ada lebihan wang hasil daripada pengurangan hutang, kita juga akan mampu untuk menyimpan wang. Ini akan menyelesaikan masalah penggunaan kad kredit dan membolehkan kita menggunakan kad debit. Sedikit demi sedikit kemampuan kewangan kita akan meningkat apabila hutang terdesak semakin berkurangan dan hanya hutang yang mampu dibayar dengan kadar faedah yang rendah saja akan menjadi pilihan terbaik untuk memanfaatkan faedah berhutang.

Kita perlu ingat bahawa hutang ini hanya ada dua kategori. Hutang baik dan hutang yang tidak baik. Hutang baik adalah hutang yang dapat membantu memberi kemudahan kepada kita. Manakala hutang yang tidak baik akan membebankan kita dan membataskan kemampuan kita untuk bebas melakukan apa yang kita mahu lakukan.


Ahad, 4 Jun 2023

Bekalan Kuasa Semasa Blackout

 


Bagaimana cara untuk...?
Mendapatkan tenaga elektrik semasa terputus bekalan elektrik di rumah

Mungkin ada yang pernah mengalami bekalan elektrik di rumah terputus. Sama ada akibat cuaca buruk menyebabkan pokok tumbang menimpa wayar grid elektrik dan penyelenggaraan oleh syarikat bekalan. Ada kalanya ia mengambil masa beberapa jam saja dan paling perit dari pagi hingga petang. Selagi cuaca panas dan elok tidak hujan, selagi itulah kerja penyelenggaraan dilakukan sehingga selesai. Situasi ini mungkin tidak kerap berlaku, tetapi ia tetap menyebabkan kita tidak senang duduk dan gelisah bila duduk di rumah.

Jalan penyelesaiannya adalah menghasilkan Power Box sendiri, DIY do it your self. Power box ini memerlukan sedikit modal seperti berikut (harga anggaran, rujuk di Shoppe) :

  1. Bateri kering 12v 7.2ah - RM35
  2. Set inverter dan solar panel 12v - RM150
  3. Storage box - RM20
Secara kasarnya, modal yang diperlukan lebih kurang RM200. Walaupun demikian, power box ini bukan saja boleh digunakan semasa blackout sahaja. Ia sama seperti powerbank henpon, boleh dibawa ke mana-mana di luar rumah. Boleh digunakan untuk caj henpon, menyalakan lampu Led 5v dan 12v, caj speaker bar. Sambil mengecaj semula power box tersebut dengan panel solar.

Cara nak buat mudah saja, masukkan bateri ke dalam storage box, lekatkan inverter di luar storage box dengan nano tape. Kemudian buat penyambungan wayar dari inverter ke bateri dan solar panel. Wayar sambungan ke panel solar boleh dipanjangkan lagi sekiranya wayar asal dirasakan belum cukup panjang.

Sistem upgred untuk masa depan

Power box ini boleh ditingkatkan lagi kebolehgunaannya di dalam rumah. Satu sistem rangkaian pendawaian elektrik menggunakan tenaga bateri dan solar ini boleh dibina di rumah. Peralatan yang boleh menggunakan tenaga asas ini adalah :

  1. Lampu LED 12v
  2. Lampu LED 5v
  3. Smart TV LED
  4. PC
  5. Router Internet Wifi
  6. Charging henpon
  7. Kipas 12v
Sistem ini boleh menggunakan lebih daripada 2 bateri dan panel solar dengan sistem penyambungan paralel bagi meningkatkan keupayaan membekal tenaga untuk lebih banyak peralatan dalam satu masa. Secara keseluruhannya, kos yang diperlukan kurang daripada RM1000. Ini cuma sistem bekalan tenaga sokongan untuk peralatan berkuasa rendah selain peti ais, seterika, pemanas air, aircond. Walaupun begitu, semasa blackout paling asas yang perlu ada adalah TV, internet, henpon, kipas. Jika blackout  malam pula mesti ada lampu. Akhir sekali, apa yang sangat penting sepanjang blackout kita tidak lagi akan rasa gelisah dan kepanasan.

Jumaat, 2 Jun 2023

Berjimat dalam Berbelanja


Bagaimana cara untuk...?
Berjimat dan menambah nilai dalam berbelanja

Nasihat kewangan untuk B40. Kalau T20 nak berjimat pun boleh juga.

Dalam situasi ekonomi dan kewangan hari ini, kebanyakan kita terpaksa mengawal perbelanjaan dan berusaha untuk menambah pendapatan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Bayaran bil, sekolah anak-anak, makan minum sekeluarga, minyak kenderaan dan sebagainya memerlukan tambahan wang akibat kenaikan kos.

Dalam berdepan dengan keadaan ekonomi dan kewangan sekarang, menjana pendapatan tambahan dan berbelanja secara berhemah perlu seiringan. Kita tidak boleh berjimat semata-mata mengurangkan perbelanjaan dengan potong sana potong sini, tak perlu lagi beli itu dan ini. Itu adalah tips berjimat yang salah. Memang benar, tak perlu lagi berbelanja untuk perkara yang tidak perlu tapi ada perkara yang sangat perlu kita perlu terus mengeluarkan kos perbelanjaannya.

Bezanya, kita terus berbelanja dengan kos yang rendah untuk mendapatkan manfaat dan kepuasan yang sama dengan perkara yang kita kehendaki. Ada barang yang sama tapi harganya berbeza, tapi kita boleh dapatkan barang yang sama dengan harga yang lebih rendah. Berikut adalah contoh yang telah terbukti dan bukannya andaian semata :

  1. Membeli barangan dengan kos sehingga 75% lebih murah daripada harga pasaran tempatan.
  2. Penggunaan minyak kenderaan 25% lebih jimat.
  3. Bayaran bil dengan potongan harga sehingga 25% lebih rendah.
  4. Membeli barangan di pasaraya tempatan dengan harga diskaun dan harga pukal.
  5. Berbelanja sambil menyimpan wang dengan kenaikan nilai simpanan lebih 100%.
Lebih banyak jimat membeli di Shoppe

Membeli secara online di Shoppe dengan menggabungkan semua diskaun jualan, free shipping, free coin yang dikumpul, voucher jualan, pilihan sea shipping. Apabila semua elemen penjimatan dalam pembelian online ini digabungkan maka kita mampu mendapat harga 75% lebih murah daripada harga pasaran untuk barang yang sama di jual di pasaraya atau kedai tempatan. Tetapi ramai yang tak sanggup menunggu lama atau membuat perbandingan harga, sikap inilah yang telah merugikan mereka.

Lebih jauh pemanduan perjalanan

Penjimatan penggunaan minyak kenderaan bergantung kepada prestasi keluaran minyak petrol tersebut. Kita perlu tahu sifat-sifat minyak petrol yang dikeluarkan oleh Shell dan Petronas misalanya. Petrol Shell untuk perjalanan yang lebih jauh, manakala petrol Petronas untuk perjalanan yang lebih lancar. Lebih jauh bermakna lebih jimat, lebih lancar pula bermakna penggunaan bahan api yang lebih padu dan mantap diperlukan.

Masih lagi dengan penggunaan minyak kenderaan, ia juga dipengaruhi oleh usia enjin dan tahap kebersihan dalaman blok enjin. Blok enjin yang kotor akan menyebabkan ia lebih berat dan untuk membersihkannya selain overhaul atau buka enjin untuk dibersihkan, guna teknologi pembersihan enjin dengan suplimen atau bahan cecair khas. Adakah ia berkesan atau tidak? Cuba sendiri baru tahu.

Cashback bayaran bil secara online

Membayar bil secara dalam talian menawarkan diskaun sehingga 25% lebih murah. Banyak aplikasi cashback yang menawarkan diskaun setiap bulan untuk bil elektrik, telco dan unifi. Setiap aplikasi memberi diskaun yang berbeza. Kita pilih saja aplikasi yang menawarkan diskaun yang lebih banyak. Sememangnya semua ini banyak kerja perlu dibuat, tetapi hanya mereka yang sabar dan yakin saja akan memperoleh ganjarannya.

Diskaun jualan dan harga pukal pasaraya tempatan

Dengan keadaan ekonomi sekarang, kuasa beli pengguna adalah rendah. Menyebabkan pasaraya tempatan lebih kerap menawarkan harga diskaun dan harga pukal. Selalunya tawaran ini pada musim perayaan, namun begitu ditawarkan juga selepas hari gaji dan minggu tertentu. Kebanyakan pasaraya sekarang mempunyai akaun facebook, boleh rujuk dari semasa ke semasa bila masa mereka menawarkannya. Kita rancang apa keperluan yang banyak dan selalu digunakan setiap bulan, beli semasa tawaran. Setiap pasaraya mempunyai harga tawaran yang berbeza, kita perlu rajin membuat perbandingan harga. Pasaraya mana yang selalunya lebih rendah harganya untuk barang-barang tertentu.

Beli emas untuk simpan wang

Sekiranya kita ada memperuntukkan sedikit wang pendapatan untuk disimpan bagi kegunaan masa depan, berbelanja lah untuk membeli emas. Buat kajiselidik prestasi emas sepanjang 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun. Rata-rata setiap tahun nilai dan harga emas terus meningkat. Jika tidak mampu membeli banyak, beli lah sikit demi sikit dalam bentuk emas digital melalui akaun MIGA. Apabila sudah banyak boleh keluarkan menjadi emas fizikal. 

Memegang emas secara fizikal banyak kelebihannya, salah satunya adalah memanipulasi pinjaman kewangan tanpa faedah dengan upah simpan yang lebih murah. Dengan memiliki wang tunai segera yang banyak boleh merebut peluang untuk membeli sesuatu barangan dengan harga diskaun dan tawaran yang lebih murah.

Kesimpulannya

Berjimat bukanlah cara terbaik untuk menyimpan wang, berjimat adalah cara untuk memperolehi lebihan wang dan harga yang bernilai tambah. Tidak ada tips jimat yang terbaik bagi berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita perlu terus berbelanja, tetapi adakah perbelanjaan itu memberi nilai yang banyak. Jangan berharap untuk nilainya sama seperti 2-3 tahun lepas, berbelanja RM100 sekarang lebih sikit nilai dan jumlahnya berbanding tahun lepas. Apatah lagi jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas lagi lah sedikit. Sekurangnya dengan berjimat cara yang betul kita dapat terus bertahan menambah baik sedikit taraf kehidupan kita pada zaman ekonomi yang merosot sekarang.

Khamis, 1 Jun 2023

Teknik Guna Akaun Luno


Bagaimana cara untuk...? 
Menukar matawang kripto kepada ringgit Malaysia.

Akaun Luno adalah ewallet untuk menyimpan dan melakukan jualbeli crypto secara online. Luno adalah syarikat berlesen dari BNM untuk urusan melibatkan jualbeli dan pelaburan matawang crypto di dalam Malaysia. Mungkin ada yang tidak berminat untuk membeli atau melabur matawang crypto ini. Justeru, tidak ada keperluan dan kepentingan untuk mempunyai akaun Luno.

Bagi saya pula, hanya berminat jika boleh dapat free matawang crypto walaupun sedikit demi sedikit. Kerana bukan melihat pada masa sekarang, tetapi potensi masa depannya. Tujuan membuka akaun Luno adalah untuk kemudahan transfer masuk matawang crypto yang diperoleh percuma dari luar negara. Bagaimana dapat peroleh percuma? Rujuk posting yang lepas berkaitan faucet, mining, farming dan staking crypto.

Apa yang boleh dilakukan dengan akaun Luno?

  1. Jualbeli matawang crypto yang ditawarkan di dalam Malaysia
  2. Transfer keluar dan masuk antara ewallet matawang cypto dari luar negara
  3. Menukar matawang RM kepada matawang crypto terpilih atau sebaliknya
Jika tidak ada tujuan dan matlamat yang jelas, akaun Luno tidak memberi apa-apa faedah. Oleh kerana ada keperluan seperti di atas maka akaun Luno adalah penting kerana ia berlesen di Malaysia. Maknanya, ada jaminan untuk simpanan matawang crypto dan RM daripada hilang atau dibekukan oleh kerajaan Malaysia.

Mungkin jualbeli matawang crypto melalui Luno kurang dilakukan atau tidak ada langsung, kerana naik turun harga matawang crypto tidak menentu buat masa sekarang. Tetapi untuk tujuan transfer masuk dari ewallet luar negara adalah sangat perlu untuk membuka akaun Luno. Kemudian tukar nilai daripada matawang crypto kepada RM supaya dapat di cash out dari akaun Luno ke akaun bank sendiri.

Itu saja tekniknya untuk guna akaun Luno, sebagai satu kemudahan penggunaan dan urusan matawang crypto di dalam Malaysia secara sah.

Buka akaun Luno

Sekiranya anda berminat atau nampak tujuan penggunaannya, serta terlibat dengan apa-apa bentuk pelaburan atau penjanaan matawang crypto sama ada bermodal atau percuma, boleh lah buka akaun Luno ini DI SINI. Pembukaannya percuma saja tanpa apa-apa deposit, namun begitu perlu verified akaun bagi mengaktifkannya.

Kebiasaannya, bila kita tidak ada keperluan atau kepentingan diri tak akan hirau pun sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya. Ataupun risau dengan scam, penipuan dalam talian. Perbezaan antara mereka yang bijak dengan yang tidak adalah berhati-hati sebelum percaya dengan sesuatu perkara. Begitu juga dengan hal yang dibincangkan ini. Selama mana kita akan terus berhati-hati sehingga lah kita jumpa jawapan yang jelas sama ada ia benar atau tidak.