Jumaat, 2 Jun 2023

Berjimat dalam Berbelanja


Bagaimana cara untuk...?
Berjimat dan menambah nilai dalam berbelanja

Nasihat kewangan untuk B40. Kalau T20 nak berjimat pun boleh juga.

Dalam situasi ekonomi dan kewangan hari ini, kebanyakan kita terpaksa mengawal perbelanjaan dan berusaha untuk menambah pendapatan bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Bayaran bil, sekolah anak-anak, makan minum sekeluarga, minyak kenderaan dan sebagainya memerlukan tambahan wang akibat kenaikan kos.

Dalam berdepan dengan keadaan ekonomi dan kewangan sekarang, menjana pendapatan tambahan dan berbelanja secara berhemah perlu seiringan. Kita tidak boleh berjimat semata-mata mengurangkan perbelanjaan dengan potong sana potong sini, tak perlu lagi beli itu dan ini. Itu adalah tips berjimat yang salah. Memang benar, tak perlu lagi berbelanja untuk perkara yang tidak perlu tapi ada perkara yang sangat perlu kita perlu terus mengeluarkan kos perbelanjaannya.

Bezanya, kita terus berbelanja dengan kos yang rendah untuk mendapatkan manfaat dan kepuasan yang sama dengan perkara yang kita kehendaki. Ada barang yang sama tapi harganya berbeza, tapi kita boleh dapatkan barang yang sama dengan harga yang lebih rendah. Berikut adalah contoh yang telah terbukti dan bukannya andaian semata :

  1. Membeli barangan dengan kos sehingga 75% lebih murah daripada harga pasaran tempatan.
  2. Penggunaan minyak kenderaan 25% lebih jimat.
  3. Bayaran bil dengan potongan harga sehingga 25% lebih rendah.
  4. Membeli barangan di pasaraya tempatan dengan harga diskaun dan harga pukal.
  5. Berbelanja sambil menyimpan wang dengan kenaikan nilai simpanan lebih 100%.
Lebih banyak jimat membeli di Shoppe

Membeli secara online di Shoppe dengan menggabungkan semua diskaun jualan, free shipping, free coin yang dikumpul, voucher jualan, pilihan sea shipping. Apabila semua elemen penjimatan dalam pembelian online ini digabungkan maka kita mampu mendapat harga 75% lebih murah daripada harga pasaran untuk barang yang sama di jual di pasaraya atau kedai tempatan. Tetapi ramai yang tak sanggup menunggu lama atau membuat perbandingan harga, sikap inilah yang telah merugikan mereka.

Lebih jauh pemanduan perjalanan

Penjimatan penggunaan minyak kenderaan bergantung kepada prestasi keluaran minyak petrol tersebut. Kita perlu tahu sifat-sifat minyak petrol yang dikeluarkan oleh Shell dan Petronas misalanya. Petrol Shell untuk perjalanan yang lebih jauh, manakala petrol Petronas untuk perjalanan yang lebih lancar. Lebih jauh bermakna lebih jimat, lebih lancar pula bermakna penggunaan bahan api yang lebih padu dan mantap diperlukan.

Masih lagi dengan penggunaan minyak kenderaan, ia juga dipengaruhi oleh usia enjin dan tahap kebersihan dalaman blok enjin. Blok enjin yang kotor akan menyebabkan ia lebih berat dan untuk membersihkannya selain overhaul atau buka enjin untuk dibersihkan, guna teknologi pembersihan enjin dengan suplimen atau bahan cecair khas. Adakah ia berkesan atau tidak? Cuba sendiri baru tahu.

Cashback bayaran bil secara online

Membayar bil secara dalam talian menawarkan diskaun sehingga 25% lebih murah. Banyak aplikasi cashback yang menawarkan diskaun setiap bulan untuk bil elektrik, telco dan unifi. Setiap aplikasi memberi diskaun yang berbeza. Kita pilih saja aplikasi yang menawarkan diskaun yang lebih banyak. Sememangnya semua ini banyak kerja perlu dibuat, tetapi hanya mereka yang sabar dan yakin saja akan memperoleh ganjarannya.

Diskaun jualan dan harga pukal pasaraya tempatan

Dengan keadaan ekonomi sekarang, kuasa beli pengguna adalah rendah. Menyebabkan pasaraya tempatan lebih kerap menawarkan harga diskaun dan harga pukal. Selalunya tawaran ini pada musim perayaan, namun begitu ditawarkan juga selepas hari gaji dan minggu tertentu. Kebanyakan pasaraya sekarang mempunyai akaun facebook, boleh rujuk dari semasa ke semasa bila masa mereka menawarkannya. Kita rancang apa keperluan yang banyak dan selalu digunakan setiap bulan, beli semasa tawaran. Setiap pasaraya mempunyai harga tawaran yang berbeza, kita perlu rajin membuat perbandingan harga. Pasaraya mana yang selalunya lebih rendah harganya untuk barang-barang tertentu.

Beli emas untuk simpan wang

Sekiranya kita ada memperuntukkan sedikit wang pendapatan untuk disimpan bagi kegunaan masa depan, berbelanja lah untuk membeli emas. Buat kajiselidik prestasi emas sepanjang 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun. Rata-rata setiap tahun nilai dan harga emas terus meningkat. Jika tidak mampu membeli banyak, beli lah sikit demi sikit dalam bentuk emas digital melalui akaun MIGA. Apabila sudah banyak boleh keluarkan menjadi emas fizikal. 

Memegang emas secara fizikal banyak kelebihannya, salah satunya adalah memanipulasi pinjaman kewangan tanpa faedah dengan upah simpan yang lebih murah. Dengan memiliki wang tunai segera yang banyak boleh merebut peluang untuk membeli sesuatu barangan dengan harga diskaun dan tawaran yang lebih murah.

Kesimpulannya

Berjimat bukanlah cara terbaik untuk menyimpan wang, berjimat adalah cara untuk memperolehi lebihan wang dan harga yang bernilai tambah. Tidak ada tips jimat yang terbaik bagi berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita perlu terus berbelanja, tetapi adakah perbelanjaan itu memberi nilai yang banyak. Jangan berharap untuk nilainya sama seperti 2-3 tahun lepas, berbelanja RM100 sekarang lebih sikit nilai dan jumlahnya berbanding tahun lepas. Apatah lagi jika dibandingkan dengan 2-3 tahun lepas lagi lah sedikit. Sekurangnya dengan berjimat cara yang betul kita dapat terus bertahan menambah baik sedikit taraf kehidupan kita pada zaman ekonomi yang merosot sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini