Sabtu, 10 Jun 2023

Kaedah Langsai Hutang

Bagaimana cara untuk...?
Keluar daripada bebanan hutang

Selalu terdengar ayat kalau tak berhutang tak ada harta, tak dapat hidup maju ke hadapan. Itu memang betul, berhutang tidak salah dan sangat digalakkan dalam berhutang untuk persediaan masa depan yang lebih cemerlang. Misalnya, berhutang untuk menuntut ilmu, membeli rumah dan kereta. Tetapi biarlah mengikut kemampuan.

Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang sudah terjebak dengan berhutang keliling pinggang. Perkara yang tak perlu dihutang pun mau berhutang. Ada kaedahnya untuk membayar hutang sedikit demi sedikit, kaedah ini dikongsikan oleh seorang jutawan yang pernah berhutang sehingga menyebabkan dia hampir muflis. Kaedah ini juga telah digunakan oleh penulis untuk mengurangkan hutang yang tidak penting.

Kaedah langsai hutang

Apa yang boleh kita usahakan supaya hutang itu semakin berkurangan?

  1. Langsaikan dahulu hutang yang boleh ditamatkan segera dan jumlahnya tidak banyak. Susun senarai hutang yang ada untuk melihat hutang mana yang perlu diselesaikan. Selesaikan hutang tersebut satu persatu.
  2. Jangan tambah hutang melainkan jika terdesak dan kadar faedah yang ditawarkan rendah. Pastikan jumlah hutang baru itu dalam kawalan, berjadual dan boleh diselesaikan segera apabila mampu membayarnya.
  3. Hutang yang tinggal pula adalah hutang jangka masa panjang dan sekurangnya hanya 1 saja hutang jenis ini. Sudah pastinya hutang ini adalah untuk rumah kediaman.
  4. Jika ada hutang lain yang masih banyak dan ia tak melibatkan perjanjian bank, misalnya hutang dengan adik beradik, kawan, saudara mara. Bayar dalam jumlah yang mampu secara berterusan sehinggalah ia selesai. Hutang ini tiada implikasi perundangan. Tapi kalau tak ada usaha nak bayar walaupun sikit demi sikit boleh putus saudara dibuatnya.
  5. Tamatkan penggunaan kredit kad, jangan mudah terpengaruh untuk buat kredit kad. Guna kad debit dan jika tak banyak hutang sudah pasti kita mampu menyimpan sedikit demi sedikit untuk menghasilkan debit di dalam akaun bank.
  6. Jika ada perkara yang mewajibkan kita berhutang tetapi kita masih mampu untuk membayarnya, gunakan deposit hutang yang besar supaya tempoh berhutang dapat dikurangkan dan faedah yang dikenakan tidak banyak. Kita juga dibolehkan melangsaikan awal hutang bila sudah cukup tempoh yang dibenarkan.
Ini antara sebahagian kaedah melangsaikan hutang yang ada dan ada banyak lagi kaedah lain yang boleh ditambah kemudian. Adakah kaedah ini berkesan? Berdasarkan pengalaman penulis, bermula dengan kaedah pertama saja dapat membantu mengurangkan hutang seterusnya. Apabila hutang berkurang kita akan ada lebihan wang untuk disimpan dan ini membolehkan kita menyelesaikan hutang jangka masa lama sedikit demi sedikit.

Apabila ada lebihan wang hasil daripada pengurangan hutang, kita juga akan mampu untuk menyimpan wang. Ini akan menyelesaikan masalah penggunaan kad kredit dan membolehkan kita menggunakan kad debit. Sedikit demi sedikit kemampuan kewangan kita akan meningkat apabila hutang terdesak semakin berkurangan dan hanya hutang yang mampu dibayar dengan kadar faedah yang rendah saja akan menjadi pilihan terbaik untuk memanfaatkan faedah berhutang.

Kita perlu ingat bahawa hutang ini hanya ada dua kategori. Hutang baik dan hutang yang tidak baik. Hutang baik adalah hutang yang dapat membantu memberi kemudahan kepada kita. Manakala hutang yang tidak baik akan membebankan kita dan membataskan kemampuan kita untuk bebas melakukan apa yang kita mahu lakukan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini