Sabtu, 13 April 2024

Konsisten Dalam Pelaburan


Konsisten Melabur Walaupun Modal Sedikit

Mengapa perlu melabur untuk membeli emas dan unit saham dalam masa yang sama? Kerana mahu menjana keuntungan yang maksimum dan tidak terikat dengan satu jenis pelaburan saja. Jika kita konsisten membeli dan menyimpan emas, perlu juga konsisten membeli unit saham yang agresif sekurangnya RM10 sebulan. Jika ada wang lebih boleh lah beli RM50.

Saham yang agresif mampu memberi pulangan sehingga 30% setahun. Selepas 3 tahun pulangan lebih 30% itu pasti diperolehi. Ini adalah berdasarkan petunjuk data yang diberikan, bukan omongan kosong. Setiap apa yang dikongsi adalah berdasarkan data dan maklumat yang ada, bukan rekaan dan khayalan.

Peluang Pelaburan Saham Agresif di Malaysia

Saham saham yang agresif ini banyak terdapat dari saham ekuiti US. Bagaimana kita boleh membeli saham ekuiti US ini? Kebanyakan platform pelaburan saham di Malaysia adalah melalui bank dan institusi tempatan seperti TNG dan PNB. Siapa tak kenal dengan saham amanah ASB yang memberi pulangan 5%-6% setahun, atau saham Unit Trust yang mampu memberi pulangan sehingga 10% setahun.

Tetapi sekiranya mahu membeli unit saham dari luar negara, kita mesti melalui platform pelaburan daripada institusi antarabangsa yang beroperasi secara sah atau berlesen di Malaysia. Apakah platform tersebut? Untuk dapat maklumat lanjut mengenainya, anda perlu berbaik-baik dengan saya, kita perlu berkawan dan menjadi seorang kawan yang baik. Sesuatu perkara yang baik itu kadang-kadang sangat istimewa, tidak semua orang boleh mendapatkannya. Kecuali dengan hubungan yang baik.

Orang Miskin Melabur dalam Pelaburan Orang Kaya

Berbalik kepada pelaburan saham, kenapa mesti terus konsisten membeli unit saham yang agresif ketika harga emas juga terus meningkat hari demi hari. Kita perlu tahu sentimen pembelian emas hari ini. Emas ini banyak dibeli oleh orang kaya, orang yang banyak wang. Apabila ramai orang kaya mula banyak membeli emas, ia akan mempengaruhi harga emas dan semakin meningkat. Begitu juga dengan saham yang agresif banyak dibeli oleh orang kaya yang banyak wang. Orang kaya yang bijak tidak akan bergantung kepada satu pelaburan sahaja.

Walaupun kita tak banyak wang, kita masih boleh membelinya dalam jumlah unit yang sedikit. Apabila ramai orang kaya terlibat dalam pembelian unit saham agresif, kadar keuntungannya juga akan menjadi lebih tinggi. Pastinya kita juga akan mendapat manfaat daripada pasaran saham yang diceburi oleh ramai orang kaya. Apabila kita cuma mampu membeli sedikit unit saham agresif ini, maka untungnya juga sedikit tapi kadar pulangannya tetap 30%.

Bermakna jika kita melabur sebanyak RM1000, dalam setahun keuntungan sehingga RM300. Jika mampu melabur RM10k, keuntungan sehingga RM3000 setahun. Jika ada wang yang banyak dan berani melabur RM100k dalam tempoh 3-5 tahun pulangannya mampu mencapai sehingga RM30k. Jika melabur dalam time frame all time record, pulangannya adalah lebih daripada 100%. Dengan pelaburan rm100k, pulangan yang diperoleh selepas 10 tahun lebih daripada RM100k. Lebih daripada modal asal pelaburan tersebut.

Itulah pentingnya kita perlu cukup maklumat dan data yang diperlukan, kita boleh mengira berapa pulangan yang boleh kita perolehi. Jika kita ada maklumat di mana boleh melabur saham dengan pulangan sehingga 30% setahun, impian untuk menjadi kaya boleh menjadi satu kenyataan.

Perancangan Seterusnya Selepas Menjadi Orang Kaya

Kita cuma perlu buat perancangan yang teliti dan berapa tahun yang diperlukan untuk mencapai pelaburan saham sebanyak rm100k pertama. Selepas berjaya mencapai rm100k pertama, secara automatik saham itu akan menjana pulangan sehingga mencapai rm1juta dalam masa beberapa tahun berikutnya. Ini adalah pelan rancangan jangka masa panjang dan bukannya skim cepat kaya. Bermula sedikit tetapi wang pelaburan kita selamat. Apabila selamat kita boleh menambah modal sedikit demi sedikit. Akhirnya kelak, modal pelaburan kita akan menjadi banyak dan selamat.

Jangan persoal nanti tak sempat nak menikmati kekayaan, persoalkan pada diri sendiri apakah perancangan yang telah kita buat supaya kekayaan itu dapat digunakan untuk amal jariah yang berterusan dan kita terus dapat pahala daripadanya apabila sudah mati kelak. Apa perancangan kita untuk kekayaan yang telah berjaya kita kumpulkan itu selepas mati. Itulah gunanya wasiat, tulis wasiat dengan penulisan yang mudah difahami.

Oleh kerana sudah menjadi seorang yang kaya, kita mampu melantik peguam bagi mengurus perwarisan harta itu. Jangan lupa gunakan sebahagian kekayaan itu untuk wakaf harta bagi kemudahan orang ramai dan mereka yang memerlukan. Supaya amal jariah kita berterusan di dunia walaupun jasad kita sudah mereput di dalam tanah kubur. Mungkin topik tentang wakaf dan amal jariah ini boleh diceritakan dalam penulisan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini