Berubah kuadran pekerjaan ESBI satu persatu adalah satu cara untuk mengubah masa depan diri kepada menjadi lebih baik. Kita tak akan terperangkap dalam satu atau dua pekerjaan saja dalam satu tempoh yang lama. Bagi setiap kuadaran pekerjaan itu mempunyai satu jangka masa yang berbeza untuk berubah.
Kita mungkin akan berada terlalu lama dengan keadaan yang miskin, susah dan gaji cukup makan dalam pekerjaan sebagai pekerja biasa E. Apabila menjadi seorang specialist S, seorang dengan jawatan yang baik, dapat melakukan perubahan yang cepat kerana mampu menambah baik kehidupan dengan gaji yang tinggi.
Apabila seseorang itu berubah menjadi big boss atau business owner B, perubahan hidupnya akan menjadi lebih pantas kerana dia mampu melakukan sesuatu yang boleh menghasilkan lebih banyak wang selain gaji. Dengan kedudukan kewangan yang semakin baik, seorang bisnes owner ini akan menjadi pelabur untuk mencipta lebih banyak bisnes yang menguntungkan. Ini membolehkannya menjadi seorang jutawan dan dapat membantu lebih ramai orang dalam mengubah kehidupan mereka dan melakukan kerja-kerja kebajikan sosial bagi mengekalkan kekayaannya.
Bertanggungjawab Sebagai 'Employer' - E
- Terus bekerja seperti biasa tetapi ubah mentaliti bekerja walaupun hanya seorang pekerja biasa bergaji rendah dan hanya mengikut arahan majikan dan rutin kerja harian. Ini adalah risiko yang perlu ditanggung apabila tidak ada kelayakan kelulusan tinggi untuk mempunyai jawatan atau pekerjaan yang lebih baik.
- Tak perlu bertelagah dengan majikan atau dengan pekerja yang lain. Bekerja dengan tenang dan seronok. Bincang dengan baik jika ada masalah. Runding elok-elok jika ada perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati di tempat kerja.
- Menjadi pekerja bawahan biasa selalunya dipandang rendah dan tidak begitu dihargai oleh mereka yang berpangkat atau bergred tinggi. Tetapi tidak mengapa, kita perlu berusaha mengubah keadaan dan situasi cara kita bekerja. Apa yang penting setiap hujung bulan kita dapat terima gaji.
- Bekerja untuk menimba lebih banyak pengalaman, meningkatkan kemahiran selain daripada kerja yang dilakukan, belajar kepimpinan mengurus aktiviti kerja. Ini akan menjadikan kita sebagai seorang 'Specialist' walaupun tidak ada pengiktirafan.
- Cuba belajar untuk bekerja secara berpasukan, mencipta misi bekerja dan mencapai misi tersebut secara berpasukan. Ini akan menjadikan kita sebagai seorang 'Super Star' di tempat kerja. Menjadi seorang pekerja yang dikenali ramai dan staf lain tidak segan untuk menegur dan membantu.
- Misi pekerjaan akan meliputi manfaat daripada faedah kewangan dan pulangan dalam bentuk lain yang menguntungkan semua pihak. Walaupun cuma pekerja bawahan tidak ada kelulusan tinggi, yang ada jawatan dan pangkat tinggi akan mula ada rasa hormat dan menghargai kita secara tidak langsung.
- Kepuasan bekerja bukan hanya akan menyelesaikan kerja atau masalah dalam kerja sendiri, malah juga kepuasan dapat membantu menyelesaikan masalah pekerja lain dalam organisasi dan masyarakat sekeliling.
- Misi bekerja sebagai tanggungjawab untuk diri sendiri dan juga tanggungjawab sosial. Bermaksud tanggungjawab untuk menyara hidup diri sendiri serta keluarga dan tanggungjawab untuk melaksanakan amanah bagi memudahkan urusan kehidupan anggota dalam masyarakat.
- Walau bagaimanapun, terlalu rajin bekerja tidak baik untuk masa depan diri sendiri dan ia akan merugikan jika pengorbanan masa dan tenaga kerja tidak setimpal dengan apa yang diterima. Apa yang boleh kita harap jika hanya seorang pekerja bawahan.
- Kita akan menjadi hamba wang yang tidak seberapa tetapi risiko bekerja dengan menanggung beban terlalu banyak dan berat boleh mengancam kesihatan fizikal dan mental peribadi.
- Belajar untuk menjadi seorang 'Big Boss' dan 'make your own bussines'. Ini adalah untuk kita menghargai diri sendiri. Menjadikan diri kita sebagai seorang yang ada nilai yang tinggi. Kita akan membayar kepada diri sendiri.
- Walaupun hanya sebagai seorang pekerja bawahan yang tidak ada masa depan untuk naik pangkat atau gred yang lebih tinggi bagi mendapat peluang menerima gaji yang lebih tinggi, jangan biarkan diri kita menjadi seorang hamba.
- Seorang 'Big Boss' tidak perlu bekerja keras atau membuat kerja sambilan untuk menambah pendapatan dan mendapat penghormatan daripada pekerja lain.
- Seorang 'Big Boss' hanya perlu membuat bisnes sambilan di luar waktu kerja, bisnes sendiri yang tidak sepenuh masa dan tidak mengganggu tugas dan tanggungjawabnya sebagai pekerja yang dibayar gaji tetap.
- 'Big Boss' di tempat kerjanya adalah seorang pekerja biasa saja dan dia mungkin juga seorang specialist yang tidak diiktiraf. Tetapi akan dicari untuk menyelesaikan masalah kerja yang pekerja lain tidak dapat selesaikan dengan baik dan sempurna.
- Tanggungjawab sebagai pekerja biasa dengan jawatan rendah yang dipegang tetap dilaksanakan dengan baik. Pada masa sama dengan adanya bidang 'specialist' yang dapat dilakukan akan tetap cuba membantu dan menolong tanpa berkira.
- Kita adalah 'Big Boss' kepada diri sendiri, dan bukannya kepada siapa-siapa. Biarlah pada mata orang lain kita cuma seorang hamba dan pekerja bawahan sahaja.
- Kita perlu berusaha untuk menjadi seorang 'Investor' atau pelabur berjaya walaupun hanya seorang pekerja bawahan dan biasa-biasa di mata orang, kita akan melabur untuk masa depan, melabur masa untuk terus belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat bagi mengubah keadaan dan kehidupan kita supaya menjadi lebih baik.
- Melabur tenaga untuk menimba lebih banyak pengalaman, terus bekerja tanpa banyak bicara untuk membina hasil yang bermanfaat kepada semua orang.
- Melabur wang untuk mendapat pulangan yang lebih lumayan tanpa bergantung harap kepada gaji bulanan dan belas ehsan orang lain apabila kesempitan wang semasa ditimpa masalah.
- Seorang Investor juga perlu mencipta lebih banyak idea supaya dapat menjadi satu pelaburan yang menguntungkan dan mampu membina sebuah kekayaan baru.
- Seorang Investor akan cuba melihat lebih banyak penyata kira-kira bagi menilai sesuatu pelaburan, adakah ia boleh mendatangkan keuntungan atau kerugian.
- Seorang Investor yang baik tidak hanya melihat penyata kira-kira dalam bentuk wang semata-mata, ia juga akan dilihat dari segi sikap, nilai budi pekerti, kesopanan, adab dan budi bahasa serta tutur bicara.
- Seorang Investor atau pelabur dalaman akan mengambilkira faktor dalaman seseorang atau sesuatu perkara bagi menentukan adakah kerjasama boleh diteruskan dan bersama-sama mencapai keuntungan yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama.
- Di tempat kerja kita sebagai seorang pekerja bawahan akan menjadi seorang investor seperti yang dinyatakan di atas. Apabila di luar tempat kerja kita akan menjadi seorang investor dalam bentuk yang lain pula.
- Mungkin di luar tempat kerja atau selepas waktu bekerja kita boleh menjadi seorang investor dalaman yang mampu menjana pendapatan dan pulangan yang tinggi untuk meningkatkan lagi taraf hidup keluarganya dan dapat menolong masyarakat melalui kekayaan yang dibangunkan.
- Pelaburan dalaman yang baik oleh seorang pekerja bawahan akan mengubah dirinya sebagai seorang yang ada harga dan nilai diri. Dia tak perlu bercakap tentang pencapaiannya, orang yang melihatnya akan bercakap dan bertanya bagaimana dia mampu mencapai tahap kejayaan tersebut tanpa perlu menunjuk harta apa yang dia ada dan harta apa yang dia pakai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini