Selasa, 9 April 2024

Teknologi AI dalam Kehidupan


Contoh Masa Depan Teknologi AI Dalam Jualbeli

Bicara soal teknologi AI ia akan memudahkan lagi urusan untuk membuat yang terbaik menggunakan kecerdasan buatan. Banyak pekerjaan yang sebelum ini dilakukan oleh manusia akan digantikan oleh teknologi AI.

Pekerjaan seperti perkeranian, jurujual, khidmat kaunter, penghantaran malah pemasangan juga akan diambil alih oleh robot AI. Saya cerita dulu bagaimana AI mengubah corak pengurusan sesuatu perkhidmatan.

Kita ambil contoh Shoppe dan ramai orang tahu tentang platform jual beli ini yang mula menggugat kedudukan penjual yang tidak menggunakannya. Bagaimana Shoppe boleh mengubah pengalaman membeli orang ramai?

Jika kita ke kedai atau pasaraya akan melalui kesesakan lalu lintas, mengambil masa untuk berjalan dan melihat dari satu rak ke satu rak dan satu kedal ke satu kedai. Kita tidak ada rujukan lengkap untuk mengetahui maklumat sesuatu produk.

Malah tindakan jurujual kadang kadang mahu memaksa kita untuk terus membeli. Bagi produk yang baru atau jenama yang tidak pernah menggunakannya, tidak ada review pengguna lain yang boleh membantu kita membuat keputusan sebelum membelinya.

Tetapi dengan platform Shoppe kita boleh memilih jutaan jenis produk secara dalam talian. Carian produk menggunakan search. Menyimpan senarai barang belian dengan add to cart. Boleh bertanya dengan penjual melalui chat. Kita hanya akan membuat keputusan membeli setelah yakin dengan produk tersebut dan mempunyai maklumat yang cukup tentangnya tanpa dipengaruhi jurujual.

Kita boleh membuat perbandingan harga dari setiap kedai. Walaupun harganya mahal dari kedai lain tetapi dengan adanya voucher yang banyak serta kos penghantaran lebih murah, total harga bersihnya lebih rendah.

Ciri-ciri lain yang menarik di dalam platform Shoppe berbanding platform pesaingnya seperti TikTok adalah kita boleh mengumpul sebanyak mungkin coins dengan menonton live, bermain games, membuat review produk yang telah dibeli. Coins boleh digunakan untuk menolak separuh harga barang sehingga menjadikan total harga akhir yang kita akan bayar menjadi tersangatlah murah.

Di platform Shoppe kita boleh menyimpan barang live di dalam cart dan masih boleh menuntut voucher live untuk harga diskaun. Jika di TikTok mesti beli semasa live dan tak boleh simpan dan beli harga murah selepas tamat live. Walaupun harga barang di TikTok tersangat murah dari Shoppe, ianya sangat terhad dan mungkin barang yang kita mahu beli tidak ada dalam senarai.

Penggunaan teknologi AI di dalam platform jual beli Shoppe memudahkan semua urusan dari A to Z. Dari mula kita hendak mencari barang, memilih barang, membuat perbandingan harga, memilih voucher, menggunakan coins, membuat pembayaran, pilihan cara bayaran, nak bayar tunai atau hutang beberapa bulan.

Malah kita diberi kelayakan kredit membeli secara berhutang, misalnya kita layak berhutang dengan had kredit rm2000. Setelah pembayaran dilakukan semuanya secara online, kita boleh menjejaki di mana lokasi barang tersebut sudah berada. Apabila sudah sampai, kurier akan menghantar terus ke alamat kita. Tersangatlah mudah.

Ada segolongan orang sama ada pembeli atau penjual masih tidak boleh menerima perubahan gaya membeli ini. Kononnya barang yang diterima kelak tak seperti yang diharapkan. Tetapi dengan teknologi AI, kita ada pilihan untuk menerima atau tidak barang tersebut.

Jika tidak, kita boleh tuntut semula wang. Bagi mengelakkan kerugian yang banyak, penjual perlu berhati-hati dengan tuntutan pengguna supaya tidak ada refund dilakukan. Tetapi platform Shoppe kini sudah boleh membuat pengembalian semula barang secara percuma kepada penjual jika tidak puas hati dengan kualiti barang yang diterima, dan menggantikan semula dengan barang yang baru.

Menolak Teknologi AI hanya merugi Diri Sendiri

Teknologi AI telah mengubah cara kita membeli dan juga mengubah cara penjual. Jika kita tidak berubah menggunakan teknologi ini, kita akan membayar dengan harga yang sangat mahal. Manakala penjual tidak akan dapat menjual barangan mereka dengan banyak bagi menjana keuntungan.

Saya cerita pasal teknologi AI ini dari sudut bisnes, bagaimana saya boleh membeli barangan dengan mudah dan mendapat barang seperti apa yang saya nak tanpa dipengaruhi penjual. Jika saya yang menjalankan bisnes, saya juga akan guna platform digital yang menggunakan teknologi AI ini untuk menjual dengan lebih banyak. Saya tidak perlu keluar kos untuk sewa kedai atau tapak jualan.

Nanti saya akan ceritakan pula pasal teknologi AI ini dalam pelaburan saham. Saya bukan orang bisnes dan tidak menjalankan bisnes. Tidak ada keperluan untuk saya bercerita lebih banyak lagi tentang penggunaan teknologi AI dalam bisnes. Walaupun saya mempunyai maklumat mengenainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen skim cepat kaya dan spam tak dibenarkan di ruang ini